Assalamualaikum and hi!
Okay, entry ni sesuai untuk orang yang nak buat passport untuk kali pertama macam sis.
Sis buat passport dekat UTC KB, bersebelahan dengan KBmall. Untuk makluman semua, UTC KB sekarang beroperasi jam 1ptg untuk hari bekerja. Kalau dulu bukak pagi kan, tapi sekarang dah lain waktu operasinya. Sis memang dah tahu awal so kitorang pun gerak la jam 11 dari Pasir Puteh. Sampai agak awal sebab memang nak kejar masa and sis nak tunggu depan pintu. Hahaha Yes I did it! Tunggu depan pintu guys. Semangatnyaaa. Ok, for those yang tak tahu. UTC dan KBmall ni dia bersambung. So, kalau korang datang awal atau tak nak parking kat luar atau dah decide nak jalan-jalan kbmall dulu sementara menunggu passport siap (1 jam menunggu), sis cadangkan korang parking dalam bangunan kbmall. It is better.

Dokumen yang diperlukan :
Tolong bawak siap-siap kalau tak prepare awal korang akan kalut dekat dalam pejabat tu tau.
1. Salinan Kad Pengenalan
2. DUIT (RM200 untuk orang pertama kali daftar. RM100 untuk renew)
3. Pen (tak wajib pun. haha tapi sis malas nak berebut dengan orang ramai)
3. Pen (tak wajib pun. haha tapi sis malas nak berebut dengan orang ramai)
Sis memang seorang yang well-prepared sebab lebih cenderung untuk memudahkan urusan kita. Macam sis, salinan ic tu letak dalam fail siap-siap. So nanti kalau nak isi borang or anything, tak perlu kita nak berebut meja dengan orang sebab failkan ada.. Haa boleh je isi tengah berdiri atau duduk. Jimat masa kan?
Proses buat passport untuk orang yang daftar untuk pertama kali :
1. Pergi dekat kaunter pertanyaan - jumpa pegawai dekat situ - dia akan suruh dapatkan borang terlebih dahulu sekiranya kita dah ada salinan ic. Kalau tak ada memang kena pergi fotostat dahuluuuu. (So sis isi cepat-cepat borang tu sebab nak ambil nombor awal)
2. Dah siap isi, pergi kaunter pertanyaan tu balik dan serahkan borang tadi. Dia akan klipkan kita punya I/c dan borang tadi beserta nombor giliran. Nombor giliran ni dia akan bagi 2 keping (nombor yang sama) So makesure simpan! Sebab, satu keping untuk kita serahkan dekat kaunter pertama yang kita akan pergi dan sekeping lagi kita akan serah masa kita nak ambil passport kita yang dah siap. (After 1 hour)
3. Ok bila nombor dah dipanggil. kita serahkan kertas yang pegawai mula-mula tadi tu klipkan. Dengan kertas nombor giliran sekali kita serah tau. So, just ikut arahan je. Time ni nak ambil gambar tauu. So get ready to smileee! Settled.
4. So, settled urusan no 3 dia akan suruh kita ke kaunter hujung sekali (kaunter pembayaran). Tunggu nombor giliran kita yang tadi jugak untuk urusan pembayaran. Pegawai tu akan maklumkan kpd kita, pukul berapa passport kita akan siap. Kalau sis hari tu, sebab antara orang yang terawal. Tak sampai satu jam pun dah siap. Dalam 40 min je boleh ambil passport. Dia akan bagi resit dan kena ingat nombor giliran kita tadi. Sebab nak ambil passport nanti, dia akan panggil nombor giliran kita tu je.
5. Make sure korang dah ada dekat situ pada waktu yang dia tetapkan tu. So, tinggal sign je. Siapppppppppp! Jom holidayyyyy.
(Haa untuk korang yang pergi secara ramai macam sis. Sis buat dengan umi dan abah sekali. So nombor giliran tu tolong lah ambil asing-asing tau. Wakilkan sorang je pergi ambil nombor tu pun boleh. Tapi bawak salinan i/c tu sekali dekat kaunter baru dia bagi)
Untung buat dekat dengan UTC ni sebab kita boleh enjoy je sementara menunggu tu. Kalau rasa malas nak tunggu kat dalam. Boleh cuci mata kat bawah tu.. Toilet, surau, kedai makan semua ada. Kemudahan yang disediakan tu memang boleh bagi gred A laa.
Pujian juga pantas diberikan untuk pegawai-pegawai kat situ sebab tak menyakitkan hati. Tak perlu pun pegawai senyum sampai ke telinga. Tapi cukuplah sekadar tidak memasamkan muka dan elok sopan santun je cakap. Haa itu lagi penting :)
Gambar passport yang ambil dekat kedai tu tak boleh guna pun. So, kita simpan untuk buat kenangan sahajaa. |
Salam dari sis :)
No comments:
Post a Comment