Monday 22 July 2019

Passport oh passport

Assalamualaikum and hi! 

Sebelum ni memang sis tak pernah keluar dari Malaysia so tak perlu dapatkan passport. Tapi kali ni, malas macam mana sekalipun memang kena buat sebab nak keluar dari Malaysia. So I need Pasport. Malas tu bukan sebab apa tau, sebab kena tunggu giliran dan sis dapat tahu yang dekat pejabat imigresen memang tak pernah tak ramai. Oh no. Kalau bab menunggu memang sis failed. Tapi kena gagahkan jugak.

Semangat lebih pulak sis. Sebab nak selamat time ambil gambar passport nanti, malas nak fikir pakai tudung apa sis pakai je tudung hitam. Actually, warna apa pun boleh asalkan warna gelap okay.

Abah sis cadangkan untuk buat dekat Wisma Persekutuan, Kota Bharu. Sharp 7.30 pagi abah dah siap. Tapi macam biasa menunggu anak dara memang tak sharplah cerita dia :P

Sampai je wisma, masalah utamanya ialah parking. Ya Allah tiga kali pusing bandar nak cari parking tak ada. Ingatkan dekat dalam tu boleh parking rupanya untuk staff sahaja. Itu pun staff ada yang park dekat luar sebab terlalu banyak "kenderaan" staff. Nak park kereta jauh tak boleh sebab bawak umi abah. So kalau park jauh memang kesian sangat. Jauh dia tu memang tak boleh bawak bincang. So, sis cadang untuk buat dekat UTC, KB. Tapi sayangnya, office hour dia pukul 1ptg. 

Kami tak boleh nak tunggu sebab Aleeya balik sekolah pukul 2.00 petang. So balik dengan hampa lah. Tapi taklah hampa jugak sebab pekena nasi lemak sedap haha. Haa bukan nasi lemak je. Donut jugak tau! 


First time try breakfast dekat Ayman Restoren, Jalan Telipot. Sis suka sebab sambal dia extra pedas. So siapa yang tak makan pedas sis tak suggest sangat kot.

Sempat singgah TESCO cari barang dapur. Yang bestnya, hari ni sis dapat baucer RM8 + RM5 + RM2 ! Sempena dengan bulan Julai apa ntah, sis lupa. Tapi memang rezeki sangat sebab next week memang sis nak cari barang untuk office. So dapat discount RM15. Alhamdulillah

Nantikan sis punya next entry okay untuk sambungan pengalaman sis buat passport. Hehe :)

Salam semua :)




No comments: