Hola readers ! Siti Hajar Aminuddin here, but for short just panggil Ajaa :) One of the UUM Student. Banker to-be Insyaa Allah :) yes you ! intro please.. ^^

Sunday, 7 June 2015

Ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Tuhan.

3.30am baru aku rasa mengantuk. Tarik selimut then aku tidur. 
4.40am ada orang ketuk pintu. Aku ingatkan si Ayue ketuk pintu untuk solat subuh sebab semenjak dua menjak ni dia jadi alarm subuh. 'Tok tok tok.' diam kejapp... 'tok tok tok...' aku tersedar. pandang Atul (roomate). 

Atul : 'sape tu jaa?'.
aku dengan confidentnya.
Aku : 'Ayue la tu kot tul. Nak kejut subuh agaknya.'
Atul : Tpi baru pukul 4 lebih ni jaa. 
**Laa baru pukul 4 lebihhh. habis sape?

Masing-masing cuakk la. Tapi aku yakin itu Ayue. Tanpa fikir panjang aku bukak jugak pintu and guess what. Memang betul Ayue! Dia menangis. Ya Allah. Terus aku pegang erat tangan dia. Rupanya Tokki dia meninggal. 


Arwah dengan Ayue sangat-sangat rapat. Nak dikejar nya flight pagi takut tak sempat. Tapi berusaha jugak carik kete sewa nak hantar Ayue dekat airport. Tapi kete sewa pulak tak boleh hantar kete. Masing-masing tengah tidur. Merata aku pegi ketuk pintu budak-budak yang ada kete. Tapi nasib tak berapa nak baik. Kete masing-masing tak ada. 

Tapi, Alhamdulillah. Kawan Ayue boleh hantarkan. Yang paling sedih bila Ayue cakap, "minggu lepas baru cakap dengan tokki, nak sambut puasa sama-sama". Pilu rasa hati tengok kawan aku dalam keadaan macam tu. Ayue cakap lagi, "barulah Ayue rasa apa yang orang lain rasa bila dapat berita kematian, minggu lepas dapat berita kematian orang lain tapi hari ni. hmmm"

Termenung sorang-sorang. Sememangnya kita tak menjangka bila seseorang tu akan pergi. Kita tak tahu jugak bila jodoh pertemuan, ajal maut datang untuk menjemput kita.  

*Semoga Ayue tabah hadapi semua ni walaupun kita tengah busy fight exam. Tak apa, korbankan sedikit masa yang ada ni untuk kita menatap orang yang dah pergi buat selamanya. Exam boleh postpone. Semoga arwah tokki Ayue ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin*


Insyaa Allah 
Ingat, yang hidup pasti akan mati. Dekatkan diri dengan Allah swt. Semoga hidup kita diberkati. Insyaa Allah

No comments: