Tuesday, 23 July 2019

Cafe Hostel Pantai

Assalamualaikum and hi!

Harimau menangis, Miangpla, Mee hijauuu memang wajib try menangis kalau tak try!


Kami satu family kalau bab makan memang win. Tak kira jauh dekat, hanya nak makan semata pun kitorang ON!

Actually, sis baru balik dari Kuantan. So, petang sampai rumah dan semua orang dah ready dan bersiap sebab nak pergi makan dekat Cafe Hostel Pantai. Kedai makan yang Kakak & BIL suggest sebab makanan dia sedap yang melampau. So, kitorang apa lagiii. Perjalanan ke sana hampir sejam lebih. jalan agak slow sebab musim cuti sekolah. (Ini cerita bulan-bulan lepas) 


Ini time nak check out Hotel Cathayana dekat Kuantan. Nak balik Kelate dohh
Okay, Cafe Hostel Pantai ni dekat dengan Pantai Cahaya Bulan atau orang ramai kenal pantai tu sebagai PCB. Lagi senang korang cari je Kem Kijang. Waze pun boleh guys lagi senang confirm tak sesat. Insyaa Allah

Sampai je dekat simpang kedai ni sis nampak kereta yang sangat penuh dan tak tahu ada harapan ke tak untuk makan dekat kedai ni. Masyaa Allah dah macam kenduri sis tengok. So, kat sini dah dapat sis simpulkan bahawa kedai ni memang famous + sedap. Mana taknyaa. Penuhhh orang makan dekat kedai tu. Tapi Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga. Pelayan kedai ni suruh kitorang masuk ke dalam. Rupanya, dia ada lagi satu bangunan macam kedai tertutup. kalau yang dekat luardia lebih open dan terhad je kerusi dan meja. Untuk yang datang dengan family memang kena masuk ke dalam. Korang boleh imagine la macam mana dengan tengok gambar kat bawah. 
Bongsu. Aleeya :)


Anti sosial haha Servis lama sebab terrrlalu ramai orang. So, kami faham dan bagi mengelakkan rasa lapar nak telan orang kita layan handphone dulu.

First makanan yang sampai. Abe Helmi punya Mee Hijau.

Ini lauk ITIK ya. Sis tak makan itik so sis tak rasa. Tapi semua orang kata sedap.
Next..Ni diaaaa HARIMAUMENANGIS!! Serious daging yang paling sedap sis pernah rasa.
Ini review ikhlas tak berbayar tau guys. Dengan lembutnya, rasa perapan dia, sambal dia.. Fuhhh makan sorang pun habis ni. Tapii nasib baik sis punya Miangpla tu banyak Haha Tetibaa
 Paling lasttttt.. Miangplaaaa 


Yeay! Finally!!!!!! Miangplaaa. Lama kot nak rasa benda alah ni. Viral bukan main. So kita cubaa..Cubaaa dan jatuh cinta. ewaahhh. Tak tau nak describe macam mana yang penting combination yang sangat kena. Sebab ada setengah kedai, dorang punya Bihuun tu yang kasar dan rasa macam tak berapa kena sangat. Tapi this one is very sexyyy!!



Orang lain punya makanan sis tak sempat nak snap sebab dah busy sangat dengan Miangpla zamzamalakazam ni. hahaha Tak pandang orang lain dah. Ini pun nasib baik kakak dan abe yang snap. So kena credit jugak dekat mereka hehe 

Yang mana nak cari kedai makan ala-ala thai yang sedap dan korang akan ingat sampai bila-bila. Silalah datang ke Cafe Hostel Pantai ni. Rata-rata member sis yang datang Kelantan. Sure akan datang sini. So korang pun kena try. 

Cuma ada sedikit pesanan. Tahap kesabaran memang kena tinggi sikit lah. Sebab kita pergi ni bukan kedai biasa-biasa yang tak ramai. Tersangatlah ramai (time cuti). Jadi kita pun kena memahami situasi jugak jangan nak pergi marah-marah pulak budak-budak tu nanti kang. Kesian. Dia ada dua tangan dua kaki je. Tapi kalau kedai tak ramai, pekerja ramai tapi servis lambat. Bolehlah kita buat muka bengang sikit. Sikit je tauuu. 

Stay tuned guys. Nanti sis update entry baru lagi. Mood tengah gila blogging semenjak dua menjak ni. 

Salam dari sis :)

No comments: