Saturday 3 August 2019

Alhamdulillah.. Universiti Utara Malaysia dihati

Assalamualaikum and hi!

Hah, tajuk bukan main. Macam baru dapat offer dari UUM untuk sambung belajar je. 

Adik sis (Nadiah aka my amoi) dapat tawaran dari UPSI dalam Ijazah Perakaunan dekat Tanjung Malim. Ingat dapat UUM lagi. Haha boleh sis jadi tourist guide nanti. Anyway, congrats baby yahhh! May Allah Ease Everything for you :) Boleh cari pakwe orang Perak dah la hang (Cliche tak?) 

Memandangkan ni musim pelajar dapat result penempatan UNIVERSITI, sis pun rasa beria nak share cerita dapat offer dari UUM dulu sebagai pelajar BANKING. UUM dihati haahh gituu. Seriously, UUM ni cantik guys! First impression sis masuk dalam UUM "dah macam satu bandar dah". Dengan pusat kesihatan, bas keluar masuk (bas shuttle macam dkt bandar KL tu), shopping mall, bangunan kuliah, tempat rekreasi,  padang GOLF, HOTEL hahhh banyak lagi. 

Ofcourse. Sesat tu harus bagi pelajar baru masuk. Sis pun pernah sesat. Tak jumpa library kat mana, sis masuk bangunan canselori. Padahal library belakang tu je. Tapi otak tak dapat berhubung sebab tak biasa. Siap naik lif lagi dalam bangunan canselori tu. Maklumlah sorang-sorang tak berteman memang kena gigih buat muka tak malu tanya orang. 

Okay sambung throwback.

Waktu sis dapat result sambung ijazah, sis tengah kerja part-time dekat koperasi sekolah dengan bff sis, Dila. Still ingat, waktu tengah hari pelajar dah tak ramai yang datang nak shopping so kitorang (me and dila) gigih check result by SMS ok. (SMS!) Dulu tak canggih macam sekarang :) So, naik je notifikasi sms tu.. Tak sempat bukak pun lagi dah nampak UUM. So happy lah sis sebab memang sis tak kisah dapat mana-mana. Cuma yang agak frust tu sis tak dapat main course yang sis nak. But still banking is my second choice ahaa.. 

Yang paling sedih bila Dila dapat tau yang dia dapat UMS. Jauhhhh. Berpisah sudah kami untuk seketika. Maklumlah, sekolah rendah, menengah, matrik semua tempat sama. Then, Uni lainn.. Tapi life must go on guys! memasing pun enjoy dengan tempat masing-masing Alhamdulillah.

Itulah, doa seorang ibu kot. Umi sis selalu selaluuuuuu sangat doakan sis kerja dengan bank (walaupun hakikatnya sekarang tak pun). "Pilih kerja bank laa Hajar", "Kerja pejabat laa pulak.. Abah kakak dah cikgu ni haa". Ini luahan kata dari umi yang selalu didengar. hahaa. Apoooo, sekali memang dapat course banking daa.. So, ofcourse my umi is the happiest person.

Sekarang mudah. Segala urusan adik-adik boleh rujuk dekat laman web pusat pengajian masing-masing. Surat tawaran, panduan dan semua benda akan disediakan. So dont worry! Tak macam dulu-dulu. Nak access internet tu susah. Handphone pun tak canggih. Sekarang semua hujung jari.

Zaman sis dulu, kemana-mana dengan Dila. Sebab dulu kami tak ada kemudahan (tak ada internet+printer rosak) dan kitorang memang kaki CYBER CAFE (walaupun kami perempuan, kami lepak CC gak ok!). Terima kasih Abah yang selalu jadi driver kami bila free. Tapi susah jugak sebab abah kerja jauh, lewat petang baru balik. Terpaksa kitorang gigih cari GRAB (dulu panggil prebet je haha). Sempat merasa jugak tahan kereta tepi jalan besar. Walaupun banyak kali kena marah dengan umi. Tak selamat katanya. Tapi nak tak nak kena jugak.

Ehh.. Macam banyak je cerita dengan bff sis ni. Update entri baru pasal bff pun syok jugak ni! Okay, nanti rajin sis update. Stay tuned!

Salam dari sis :)