Saturday 3 August 2019

Alhamdulillah.. Universiti Utara Malaysia dihati

Assalamualaikum and hi!

Hah, tajuk bukan main. Macam baru dapat offer dari UUM untuk sambung belajar je. 

Adik sis (Nadiah aka my amoi) dapat tawaran dari UPSI dalam Ijazah Perakaunan dekat Tanjung Malim. Ingat dapat UUM lagi. Haha boleh sis jadi tourist guide nanti. Anyway, congrats baby yahhh! May Allah Ease Everything for you :) Boleh cari pakwe orang Perak dah la hang (Cliche tak?) 

Memandangkan ni musim pelajar dapat result penempatan UNIVERSITI, sis pun rasa beria nak share cerita dapat offer dari UUM dulu sebagai pelajar BANKING. UUM dihati haahh gituu. Seriously, UUM ni cantik guys! First impression sis masuk dalam UUM "dah macam satu bandar dah". Dengan pusat kesihatan, bas keluar masuk (bas shuttle macam dkt bandar KL tu), shopping mall, bangunan kuliah, tempat rekreasi,  padang GOLF, HOTEL hahhh banyak lagi. 

Ofcourse. Sesat tu harus bagi pelajar baru masuk. Sis pun pernah sesat. Tak jumpa library kat mana, sis masuk bangunan canselori. Padahal library belakang tu je. Tapi otak tak dapat berhubung sebab tak biasa. Siap naik lif lagi dalam bangunan canselori tu. Maklumlah sorang-sorang tak berteman memang kena gigih buat muka tak malu tanya orang. 

Okay sambung throwback.

Waktu sis dapat result sambung ijazah, sis tengah kerja part-time dekat koperasi sekolah dengan bff sis, Dila. Still ingat, waktu tengah hari pelajar dah tak ramai yang datang nak shopping so kitorang (me and dila) gigih check result by SMS ok. (SMS!) Dulu tak canggih macam sekarang :) So, naik je notifikasi sms tu.. Tak sempat bukak pun lagi dah nampak UUM. So happy lah sis sebab memang sis tak kisah dapat mana-mana. Cuma yang agak frust tu sis tak dapat main course yang sis nak. But still banking is my second choice ahaa.. 

Yang paling sedih bila Dila dapat tau yang dia dapat UMS. Jauhhhh. Berpisah sudah kami untuk seketika. Maklumlah, sekolah rendah, menengah, matrik semua tempat sama. Then, Uni lainn.. Tapi life must go on guys! memasing pun enjoy dengan tempat masing-masing Alhamdulillah.

Itulah, doa seorang ibu kot. Umi sis selalu selaluuuuuu sangat doakan sis kerja dengan bank (walaupun hakikatnya sekarang tak pun). "Pilih kerja bank laa Hajar", "Kerja pejabat laa pulak.. Abah kakak dah cikgu ni haa". Ini luahan kata dari umi yang selalu didengar. hahaa. Apoooo, sekali memang dapat course banking daa.. So, ofcourse my umi is the happiest person.

Sekarang mudah. Segala urusan adik-adik boleh rujuk dekat laman web pusat pengajian masing-masing. Surat tawaran, panduan dan semua benda akan disediakan. So dont worry! Tak macam dulu-dulu. Nak access internet tu susah. Handphone pun tak canggih. Sekarang semua hujung jari.

Zaman sis dulu, kemana-mana dengan Dila. Sebab dulu kami tak ada kemudahan (tak ada internet+printer rosak) dan kitorang memang kaki CYBER CAFE (walaupun kami perempuan, kami lepak CC gak ok!). Terima kasih Abah yang selalu jadi driver kami bila free. Tapi susah jugak sebab abah kerja jauh, lewat petang baru balik. Terpaksa kitorang gigih cari GRAB (dulu panggil prebet je haha). Sempat merasa jugak tahan kereta tepi jalan besar. Walaupun banyak kali kena marah dengan umi. Tak selamat katanya. Tapi nak tak nak kena jugak.

Ehh.. Macam banyak je cerita dengan bff sis ni. Update entri baru pasal bff pun syok jugak ni! Okay, nanti rajin sis update. Stay tuned!

Salam dari sis :)



Tuesday 23 July 2019

Cafe Hostel Pantai

Assalamualaikum and hi!

Harimau menangis, Miangpla, Mee hijauuu memang wajib try menangis kalau tak try!


Kami satu family kalau bab makan memang win. Tak kira jauh dekat, hanya nak makan semata pun kitorang ON!

Actually, sis baru balik dari Kuantan. So, petang sampai rumah dan semua orang dah ready dan bersiap sebab nak pergi makan dekat Cafe Hostel Pantai. Kedai makan yang Kakak & BIL suggest sebab makanan dia sedap yang melampau. So, kitorang apa lagiii. Perjalanan ke sana hampir sejam lebih. jalan agak slow sebab musim cuti sekolah. (Ini cerita bulan-bulan lepas) 


Ini time nak check out Hotel Cathayana dekat Kuantan. Nak balik Kelate dohh
Okay, Cafe Hostel Pantai ni dekat dengan Pantai Cahaya Bulan atau orang ramai kenal pantai tu sebagai PCB. Lagi senang korang cari je Kem Kijang. Waze pun boleh guys lagi senang confirm tak sesat. Insyaa Allah

Sampai je dekat simpang kedai ni sis nampak kereta yang sangat penuh dan tak tahu ada harapan ke tak untuk makan dekat kedai ni. Masyaa Allah dah macam kenduri sis tengok. So, kat sini dah dapat sis simpulkan bahawa kedai ni memang famous + sedap. Mana taknyaa. Penuhhh orang makan dekat kedai tu. Tapi Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga. Pelayan kedai ni suruh kitorang masuk ke dalam. Rupanya, dia ada lagi satu bangunan macam kedai tertutup. kalau yang dekat luardia lebih open dan terhad je kerusi dan meja. Untuk yang datang dengan family memang kena masuk ke dalam. Korang boleh imagine la macam mana dengan tengok gambar kat bawah. 
Bongsu. Aleeya :)


Anti sosial haha Servis lama sebab terrrlalu ramai orang. So, kami faham dan bagi mengelakkan rasa lapar nak telan orang kita layan handphone dulu.

First makanan yang sampai. Abe Helmi punya Mee Hijau.

Ini lauk ITIK ya. Sis tak makan itik so sis tak rasa. Tapi semua orang kata sedap.
Next..Ni diaaaa HARIMAUMENANGIS!! Serious daging yang paling sedap sis pernah rasa.
Ini review ikhlas tak berbayar tau guys. Dengan lembutnya, rasa perapan dia, sambal dia.. Fuhhh makan sorang pun habis ni. Tapii nasib baik sis punya Miangpla tu banyak Haha Tetibaa
 Paling lasttttt.. Miangplaaaa 


Monday 22 July 2019

Pengalaman buat passport

Assalamualaikum and hi!

Okay, entry ni sesuai untuk orang yang nak buat passport untuk kali pertama macam sis.

Sis buat passport dekat UTC KB, bersebelahan dengan KBmall. Untuk makluman semua, UTC KB sekarang beroperasi jam 1ptg untuk hari bekerja. Kalau dulu bukak pagi kan, tapi sekarang dah lain waktu operasinya. Sis memang dah tahu awal so kitorang pun gerak la jam 11 dari Pasir Puteh. Sampai agak awal sebab memang nak kejar masa and sis nak tunggu depan pintu. Hahaha Yes I did it! Tunggu depan pintu guys. Semangatnyaaa. Ok, for those yang tak tahu. UTC dan KBmall ni dia bersambung. So, kalau korang datang awal atau tak nak parking kat luar atau dah decide nak jalan-jalan kbmall dulu sementara menunggu passport siap (1 jam menunggu), sis cadangkan korang parking dalam bangunan kbmall. It is better. 

Dokumen yang diperlukan :

Tolong bawak siap-siap kalau tak prepare awal korang akan kalut dekat dalam pejabat tu tau.

1. Salinan Kad Pengenalan
2. DUIT (RM200 untuk orang pertama kali daftar. RM100 untuk renew)
3. Pen (tak wajib pun. haha tapi sis malas nak berebut dengan orang ramai)

Sis memang seorang yang well-prepared sebab lebih cenderung untuk memudahkan urusan kita. Macam sis, salinan ic tu letak dalam fail siap-siap. So nanti kalau nak isi borang or anything, tak perlu kita nak berebut meja dengan orang sebab failkan ada.. Haa  boleh je isi tengah berdiri atau duduk. Jimat masa kan?

Proses buat passport untuk orang yang daftar untuk pertama kali :

1. Pergi dekat kaunter pertanyaan - jumpa pegawai dekat situ - dia akan suruh dapatkan borang terlebih dahulu sekiranya kita dah ada salinan ic. Kalau tak ada memang kena pergi fotostat dahuluuuu. (So sis isi cepat-cepat borang tu sebab nak ambil nombor awal)

2. Dah siap isi, pergi kaunter pertanyaan tu balik dan serahkan borang tadi. Dia akan klipkan kita punya I/c dan borang tadi beserta nombor giliran. Nombor giliran ni dia akan bagi 2 keping (nombor yang sama) So makesure simpan! Sebab, satu keping untuk kita serahkan dekat kaunter pertama yang kita akan pergi dan sekeping lagi kita akan serah masa kita nak ambil passport kita yang dah siap. (After 1 hour)

3. Ok bila nombor dah dipanggil. kita serahkan kertas yang pegawai mula-mula tadi tu klipkan. Dengan kertas nombor giliran sekali kita serah tau. So, just ikut arahan je. Time ni nak ambil gambar tauu. So get ready to smileee! Settled.

4. So, settled urusan no 3 dia akan suruh kita ke kaunter hujung sekali (kaunter pembayaran). Tunggu nombor giliran kita yang tadi jugak untuk urusan pembayaran. Pegawai tu akan maklumkan kpd kita, pukul berapa passport kita akan siap. Kalau sis hari tu, sebab antara orang yang terawal. Tak sampai satu jam pun dah siap. Dalam 40 min je boleh ambil passport. Dia akan bagi resit dan kena ingat nombor giliran kita tadi. Sebab nak ambil passport nanti, dia akan panggil nombor giliran kita tu je.

5. Make sure korang dah ada dekat situ pada waktu yang dia tetapkan tu. So, tinggal sign je. Siapppppppppp! Jom holidayyyyy.

Yeay! Finally.. Hmm cuma tak puas hati kenapa muka sis tak center dalam gambar tu ahahaha. never mind! Tapi Abah & Umi punya gambar cantikk. Uhuk. Ke sis yang excited sangat sampai senget muka.


(Haa untuk korang yang pergi secara ramai macam sis. Sis buat dengan umi dan abah sekali. So nombor giliran tu tolong lah ambil asing-asing tau. Wakilkan sorang je pergi ambil nombor tu pun boleh. Tapi bawak salinan i/c tu sekali dekat kaunter baru dia bagi)

Untung buat dekat dengan UTC ni sebab kita boleh enjoy je sementara menunggu tu. Kalau rasa malas nak tunggu kat dalam. Boleh cuci mata kat bawah tu.. Toilet, surau, kedai makan semua ada. Kemudahan yang disediakan tu memang boleh bagi gred A laa. 

Pujian juga pantas diberikan untuk pegawai-pegawai kat situ sebab tak menyakitkan hati. Tak perlu pun pegawai senyum sampai ke telinga. Tapi cukuplah sekadar tidak memasamkan muka dan elok sopan santun je cakap. Haa itu lagi penting :)



Kitorang sempat lunch dekat KBMALL sementara tunggu nak ambil passport yang dah siap. Makan pun terpaksa lajuu-laju sebab takut terlambat nak marathon ke utc. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.

Gambar passport yang ambil dekat kedai tu tak boleh guna pun. So, kita simpan untuk buat kenangan sahajaa. 

Harap pengalaman sis ni dapat memberi sedikit gambaran pada korang yang nak daftar baru untuk buat passport ni tau.

Salam dari sis :)


Passport oh passport

Assalamualaikum and hi! 

Sebelum ni memang sis tak pernah keluar dari Malaysia so tak perlu dapatkan passport. Tapi kali ni, malas macam mana sekalipun memang kena buat sebab nak keluar dari Malaysia. So I need Pasport. Malas tu bukan sebab apa tau, sebab kena tunggu giliran dan sis dapat tahu yang dekat pejabat imigresen memang tak pernah tak ramai. Oh no. Kalau bab menunggu memang sis failed. Tapi kena gagahkan jugak.

Semangat lebih pulak sis. Sebab nak selamat time ambil gambar passport nanti, malas nak fikir pakai tudung apa sis pakai je tudung hitam. Actually, warna apa pun boleh asalkan warna gelap okay.

Abah sis cadangkan untuk buat dekat Wisma Persekutuan, Kota Bharu. Sharp 7.30 pagi abah dah siap. Tapi macam biasa menunggu anak dara memang tak sharplah cerita dia :P

Sampai je wisma, masalah utamanya ialah parking. Ya Allah tiga kali pusing bandar nak cari parking tak ada. Ingatkan dekat dalam tu boleh parking rupanya untuk staff sahaja. Itu pun staff ada yang park dekat luar sebab terlalu banyak "kenderaan" staff. Nak park kereta jauh tak boleh sebab bawak umi abah. So kalau park jauh memang kesian sangat. Jauh dia tu memang tak boleh bawak bincang. So, sis cadang untuk buat dekat UTC, KB. Tapi sayangnya, office hour dia pukul 1ptg. 

Kami tak boleh nak tunggu sebab Aleeya balik sekolah pukul 2.00 petang. So balik dengan hampa lah. Tapi taklah hampa jugak sebab pekena nasi lemak sedap haha. Haa bukan nasi lemak je. Donut jugak tau! 


First time try breakfast dekat Ayman Restoren, Jalan Telipot. Sis suka sebab sambal dia extra pedas. So siapa yang tak makan pedas sis tak suggest sangat kot.

Sempat singgah TESCO cari barang dapur. Yang bestnya, hari ni sis dapat baucer RM8 + RM5 + RM2 ! Sempena dengan bulan Julai apa ntah, sis lupa. Tapi memang rezeki sangat sebab next week memang sis nak cari barang untuk office. So dapat discount RM15. Alhamdulillah

Nantikan sis punya next entry okay untuk sambungan pengalaman sis buat passport. Hehe :)

Salam semua :)




Tuesday 16 July 2019

Masih relevankah jadi blogger?

Assalamualaikum & hi readers ! Yaa I'm so excited to be back here.

Cewahh. Cakap matsalleh sikit untuk opening ceremony blog sis yang dah bertahun-tahun tak bukak. I thought that I can't log in my blog anymore. Yeay. Alhamdulillah boleh lagi meneruskan bebelan di blog. Blog sendiri no hal la kan kalau nak membebel panjang mana pun. Hehe

Kalau ikutkan dah hampir 4 tahun tak sentuh dan  tak sempat langsung nk follow geng blogger sis punya entries. Punyalah busy tuan punya badan. Kalau dulu time jadi student memang banyak masa terluang plus memang kena hadap blog supaya sis tak tido je memanjang. So yeah, betul orang cakap masa belajar dan masa kerja adalah waktu yang sangat berbeza. Komitmen, kegigihan, masa, stress semua tu memang berbeza tahap yang tak terkata. 

So, disini ada first persoalan yang bermain difikiran. Berbaloikah nak tulis blog / share something dekat blog zaman sekarang ni? Tak buang masa ke? Siapa je nak baca? 

Well, u know guys sekarang banyak sangat platform yang lagi senang untuk orang tengok or baca contohnya macam facebook, instagram dan paling famous ialah youtube. Betul kan geng? 

Jawapan untuk persoalan sis itu sendiri :

Jawapan ni lebih kepada pandangan sis sendiri dan bukan based on any facts yang ada. Sebab sis tak sempat nak buat research ke apa. Yang mana boleh terima korang terima okay. Yang tak boleh terima just baca dan naikkan mata hitam anda keatas (mesti tengah try kan?). hahaha

Well, blog ni satu tempat yang membolehkan kita share something dekat orang. Tak kisah lah pasal syok sendiri ke, tips ke atau tak kisah lahh apa-apa isu sekalipun. Tapi bila dah sebut tentang "tempat untuk perkongsian umum" so tak ada istilah berbaloi atau tidak. Kalau ada orang baca atleast kita dah bagi ruang untuk mereka dapat sesuatu dan kalau orang tak baca anggaplah blog ni satu diari untuk kita. Lagi elok kita berkongsi dekat blog ni dari korang buat benda-benda tak berfaedah. Ye dok? 

Macam sis, sekarang masa kerja sis flexible. Petang memang tak ada benda nak buat sometimes tidur layan youtube tidur layan youtube je. Bukan sis goyang kaki tapi sis kerja weekend all out guys. Pagi pulak waktu kerja-kerja sendirian berhad. So, sis ambil sedikit masa belah petang untuk share sesuatu dengan korang. Kat sini pun sis dah rasa masa sis akan terisi dengan baik. (Banyak kot benda nak share dengan korang memandangkan dah 4 tahun menyimpan rahsia ni. So nanti kan) hehe  gelak jahat

So, relevan atau tidak terpulang pada masing-masing. Relevan untuk kita yang rasa kita ada masa untuk berkongsi. Tidak relevan bagi mereka yang kerja penuh masa sampai tak ada masa nak blogging. Yes! Sis sokong kalau orang yang bekerja macam ni kata tak relevan untuk blogging.
Sampai sini dulu guys. Nak keluar pi office ambil surat sokongan perniagaan. Esok nak renew lesen. Kalau sempat malam ni sis share pasal pengalaman sis dekat tempat kerja pulak. Salam semua


adiĆ³s a todos