Hola readers ! Siti Hajar Aminuddin here, but for short just panggil Ajaa :) One of the UUM Student. Banker to-be Insyaa Allah :) yes you ! intro please.. ^^

Thursday, 11 June 2015

My family is ohhsem

There are some reasons, why I love to be at home.


1st. Adik. Aleeya.

Kalau aku bosan tak tau nak buat apa. Aku panggil je dia.

'Adik jom main carrom'
'Adik jom main sahibba'
'Adik jom main tu.. main ni..'
Tanpa membantah lajuuu je dia balas. Naaak!

Tapi time dia ajak aku main. 

'Ajaa malas laa dik' haha
Sorry la adik. hihi


2nd. Nadiah.

Ada spa free kat rumah.Bila-bila je boleh tanpa appointment bagai.

'Nadiah, ajaa sakit palo laa'
'Nadiah, saloh urat laa.'
Dia jawab : Ok. meh nadiah picit.


Dia la tukang picit. Sedap wo !


3rd. Kakak.

Tempat share cerita2 hot.

' Kakak nak tau taak......'
'Kakak dia tu cantikk laa..'
'Kakak, hari tu kea....'

walaupun cerita aku tak berapa nak kelakar, still dia gelak.
haha
Kakak kite ni teacher.
Hi teacher farah. How are you?
4th. Abe Helmi.

'Abe jomm g KB'
'Abe jomm gi situu. jom gi sanaa..'
'Abe, aja sero supo nak makan ABC la..'
senang je dia jawab. 'Jomm la gi beli.'

Nampak serius tapi bukan dia haha
Tukang usik aleeya nombor 1.
5th. Abe aliff aka bro in law.

Abe aliff. Orang yang berfalsafah. Banyak pengalaman. Borak
ngan abe aliff best. Macam-macam dia boleh cerita.
Solute la !

Haaa. Yang ni.
Penguat semangat.
Pendorong terkuat.
Orang yang paling banyak berkorban.
hmm senang cakap everything laa.
Aku selalu usik.. 'umi abah bila nak dating berdua?..'
umi jawab: 'umi kalau berdating mesti bawak anak-anak.'
 haha dah tak jadik berdating dah tu umi. hihi
The best parent ever !

5 hari lagi nak balik. 
Ehhh, budak uum yang lain jangan jelly2. 
Sebab kita balik kejap je. Then datang uum semula.
Paper tak habis lagi ni.

Ni nak amik mood kejap.
(sambil rendam kaki dalam air panas)
Ok bai. Nak pegi bukak buku la pulak. haha
Goodluck everybody.



Sunday, 7 June 2015

Ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Tuhan.

3.30am baru aku rasa mengantuk. Tarik selimut then aku tidur. 
4.40am ada orang ketuk pintu. Aku ingatkan si Ayue ketuk pintu untuk solat subuh sebab semenjak dua menjak ni dia jadi alarm subuh. 'Tok tok tok.' diam kejapp... 'tok tok tok...' aku tersedar. pandang Atul (roomate). 

Atul : 'sape tu jaa?'.
aku dengan confidentnya.
Aku : 'Ayue la tu kot tul. Nak kejut subuh agaknya.'
Atul : Tpi baru pukul 4 lebih ni jaa. 
**Laa baru pukul 4 lebihhh. habis sape?

Masing-masing cuakk la. Tapi aku yakin itu Ayue. Tanpa fikir panjang aku bukak jugak pintu and guess what. Memang betul Ayue! Dia menangis. Ya Allah. Terus aku pegang erat tangan dia. Rupanya Tokki dia meninggal. 


Arwah dengan Ayue sangat-sangat rapat. Nak dikejar nya flight pagi takut tak sempat. Tapi berusaha jugak carik kete sewa nak hantar Ayue dekat airport. Tapi kete sewa pulak tak boleh hantar kete. Masing-masing tengah tidur. Merata aku pegi ketuk pintu budak-budak yang ada kete. Tapi nasib tak berapa nak baik. Kete masing-masing tak ada. 

Tapi, Alhamdulillah. Kawan Ayue boleh hantarkan. Yang paling sedih bila Ayue cakap, "minggu lepas baru cakap dengan tokki, nak sambut puasa sama-sama". Pilu rasa hati tengok kawan aku dalam keadaan macam tu. Ayue cakap lagi, "barulah Ayue rasa apa yang orang lain rasa bila dapat berita kematian, minggu lepas dapat berita kematian orang lain tapi hari ni. hmmm"

Termenung sorang-sorang. Sememangnya kita tak menjangka bila seseorang tu akan pergi. Kita tak tahu jugak bila jodoh pertemuan, ajal maut datang untuk menjemput kita.  

*Semoga Ayue tabah hadapi semua ni walaupun kita tengah busy fight exam. Tak apa, korbankan sedikit masa yang ada ni untuk kita menatap orang yang dah pergi buat selamanya. Exam boleh postpone. Semoga arwah tokki Ayue ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin*


Insyaa Allah 
Ingat, yang hidup pasti akan mati. Dekatkan diri dengan Allah swt. Semoga hidup kita diberkati. Insyaa Allah

Monday, 1 June 2015

Freedom

Alhamdulillah. Finally! Sem 4 dah hampir menutup tirai minggu belajar. Tinggal minggu exam je lagi. Dan yang paling penting, dah lega dengan semua assignment, kuiz dan presentation semua tu. Alhamdulillah. Carry mark letak tepi dulu buat masa sekarang. Focus exam. Focus ke? Sekarang pun tengah melalut je ni. Amik mood study kata kann. 



Aku tengah feeling-feeling macam ni la hah. haha
Goodbye semester 4. 
Welcome semester 5.