Hola readers ! Siti Hajar Aminuddin here, but for short just panggil Ajaa :) One of the UUM Student. Banker to-be Insyaa Allah :) yes you ! intro please.. ^^

Sunday, 31 May 2015

Eyebag! Mata panda.

Aku dah dua tiga empat lima hari tak dapat tidur malam. Dah lama tak minum nescafe tapi minggu lepas teringin nak minum. Kesan dia sangat kuat untuk aku. Pukul 5 pagi baru boleh tidur but then esoknya kelas 8.30. No wonder laa mata aku dah macam panda ketiga kat Malaysia ni. haha 


Ofcourse !
Ada terbaca dekat blog lain, kalau nak kurangkan eyebag kita kena banyakkan minum air kosong. Haa sudaah. Aku bukan sejenis yang banyak minum air masak. Takpe, dimana ada kemahuan disitu ada highwayyy. Sebab, tips yang ni paling senang nak ikut. Yang lain kena potong kentang laa. Timun laa. Sedarlah bahawa kehidupan student ni serba kekurangan. haha alasan sangat!

Macam sedapp je dia minum. haha



Tuesday, 5 May 2015

The Carnival Sungai Petani

Memandangkan sis tak balik kampung cuti 'Labour Day' tu hari.
3 hari 3 malam sis gagahkan jugak nak siapkan esaimen yang bertingkek2.
Dengan examnya. 
Sis ni kaki balik rumah. *kalau cuti panjang laa*
Ni pun panjang jugak cuti, dari Jumaat - Selasa cuti.
Tapi tak nak balik. Konon sado la. 
Takpe, ada hikmah jugak kenapa tak balik.
- Boleh tengok nyet2 (monyet) tepi tingkap.
- Kita pandang roommate, roommate pandang kita
- Bangun tido makan. Baca sikit2 layan movie kejap. (Berulang2)

Lepas tu. Lepas tu. Lepas tu.
Member sis ngajak pegi jalan.
Memanggg nakkkk sangat pergi. Tapi esoknya EXAM !
Investment pulak tu. hihi
Tapi, Sis keluar jugak.
Kalau tak menangis la sis sorang2
kat bilik. Menatap dinding kipas kat bilik ni.

So, follow diorang pergi The Carnival Sungai Petani.


Sis bab air x laju. Tapi bab kamera lajuuu :)

Haha budak belakang tu dah x lepas pelampung dia tu sebab
pinjam yang budak punya. haha
Kishannn. Dah dua jam main air, 10 kali cakap lapar. haha
Sis tengah tahan panas. memang time ni terik 

Ya Allah.

Tempat ni nama dia Bubble Spa. Kena pandai carik sebab
 tempat dia menyorok sikit. Sape cepat, dia concere. Rasa dia macam

kerusi ogawa tapi versi air. Bayangkan sendiri lah :P

Okay. Masing2 penat lapar. Senyum pun tak larat dah. hahaha

Okay dekat sini sebenarnya kawasan budak2 kecik.
Bila kitorang datang, mak ayah
budak tengok semacam. Hahaha
Kita nak amik gambar je. kah3





Haaa, hasilnya. Sis dapat muka burn. Yang penting tang hidung tu dia 
burn teruk sikit. Haha
Pergi kelas tadi orang tanya.
Pakai blusher ke? Korang ni lahaiii, pelik sikit je kat muka 
dan2 tanya. 
Aku dah tergelakkkk. Dalam hati laa tapi.
Yang betulnya, muka wa BURNNN haha

P/S : Izzatie Sulong thankss sebab henfon OPPO anda yang
         kasi muka we all peloles flawless. haha
         Tukang whatsapp gambar2. 
         Atul Khalimatul Thankss sebab awak jadi GPS kitorang
         dan jugak tukang pencari pelampung. haha
         Waniey Gadis berani yang baru ku kenal. hahaha thankss drive
         Kishan Kita memang bleh geng la Kishan. U kaki makan sushi jugakkkk.haha




Friday, 1 May 2015

Pesanan untuk anak-anak


Pesan untuk anak-anak, terutama anak-anak laki-laki.

Apa bila Ibu Ayah kita meninggal, turunlah dalam liang kubur dan sambutlah mayat beliau, buka papan penutup keranda (tempat usungan mayat), angkat mayat Ibu Ayah kita.

Biarkan kita yang memutarkan mayat Ibu Ayah kita menghadap ke kiblat. Kita yang melakukan!!! Bukan hanya menyaksikan saja orang lain yang melakukan.

Allahu Robbi... " Ibu.. Terakhir kali ini aku melihat Ibu". Biarkan kita yang merelai ikatan di kepala dan di tubuh beliau.. Pegang perlahan-lahan badan Ibu kita, arahkan beliau dengan baik-baik, ambil gumpalan tanah dan letakanlah di belakang tengkok Ibu kita.

"Ibu, terakhir kali inilah aku melihat engkau". Terlintas dalam hati kita sambil memegang Ibu kita... Ingat sejak kita bayi, tangan Ibu kita ini yang mensuapi makanan ke mulut kita.
Ingat hari pertama kita bisa berjalan, muntah, berak, beliau lah orang yang tidak pernah sedikit pun untuk menolak. Sebagaimana pun jahatnya anak terhadap beliau, kita tetap anak beliau dan selalu terima sebagai anak beliau.

Naiklah ke atas dan duduklah di tepi makam beliau serta dengarkanlah "Talqin" yang di sampaikan teruntuk Ibu kita.
Hari terakhir ini lihatlah, tidak ada benda apapun yang bisa kita berikan untuk bekal beliau kecuali hanya Doa:

"Ya Allah.. Aku angkat tanganku Ya Allah.. Aku ridho Kau ambil Ibu ku Ya Allah..
Dia yang melahirkan aku.. Ya Allah hari ini aku tinggal dia Ya Allah, aku serahkan dia atas urusan Mu belaka Ya Allah. Aku tadahkan tanganku Ya Allah.. Aku memohon dengan sangat-sangat Kau ampunkan dosa-dosa Ibu ku, tolong Ya Allah.. Kasihani Ibu ku Ya Allah.. Aku adalah hasil didikan dari dia. Ya Allah sayangi dia Ya Allah.

Maka akan beruntunglah Ibu kita, apakah Allah akan menolak doa itu? Allah tak akan menolak doa ikhlas yang datang dari seorang anak.

Pesan ini bagi sahabat-sahat yang selagi Ibu Ayah masih hidup. Dan Bagi sahabat-sahabat yang Ibu Ayah telah tiada, mari kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.

Terima Kasih.