Hola readers ! Siti Hajar Aminuddin here, but for short just panggil Ajaa :) One of the UUM Student. Banker to-be Insyaa Allah :) yes you ! intro please.. ^^

Saturday, 28 March 2015

Pengalaman photoshoot

Salam & hi korang.

Hari ni cipta rekod diri sebab hari sabtu biasanya
sis pegi kelas #KO-K #kembara je.
But today, I make it doule job. haha
2 in 1

Hari ni sis shooting uols.
Shooting ape?
Xde lah shoot product ke hape ke.
Just tolong member untuk kelab fotografi
UUM ni haa. Last sem punya task. 

So, memandangkan sis dapat offer,
hmmm offer ea? offer la kot. 
Tak de lah offer sangat pun but it just
like ' mintak tolong ' macam tu je laa.
jadi model untuk task diorang. So, I
take 1 week nak bagi keputusan yes or no.
Haha
But still, sis tak bagi pun keputusan tu.
Member sis tu name dia Aiman Huangxin.
haha

Bila jumpa kawan sis dekat kelas. 
 Aiman cakap, 

" Ajaa, hari sabtu ni kompem jadik tauu.  Dah tak de orang lain lagi dah ni haa. "

Senyum comel pulak dia..

Then, sis nak tak nak. Ok, yes laa.
Kesian pulak kalau reject. 
But, I must admit it that I love photoshoot.
So feeling time tu 30% NO 70% YES
haha, biasanya just shoot dengan kakak
& abg ipar. (Kerja dengan orang kenal & tak kenal lain rasanya)

Tapi saje nak try pengalaman kerja dengan orang luar pulak.
Not bad. Dorang OK ^^ memang nervous la sis mula2. 
Mana taknya, bukan 5 6 orang dekat dalam tu.
Ramaiiii la...
*telan air liur je sis*

Ok, just nak share sikit gambar2 tadi. 





 

Aiman cakap hari tu suruh pakai ala2 Muslimah.
So, sis try la pakai tudung #QalaQisya
Yes, tudung dia cantik sangat !
But, tudung tu roomate sis yang punyaa :) 
Haha


P/s : Thanksss a lot for Kirah, Ayue & Atul 
        Love u all muaahhh





Wednesday, 25 March 2015

Tau Fu Fa


#Taufufa

Haha. *gelak dulu baru nak cerita.* 

Semalam rezeki sis nak makan #taufufa terlaksana jugak.
Untuk student2 macam sis ni bukan senang nak demand makan
uols. Makan ape ada je dekat sini. Seriously cakap, memang kadang2
naik jemu la jugak dengan makanan sama. But, still kitorang tak ada pilihan.
Tapi, Alhmadulillah,
walaupun dekat #Kachi ni hulu, jin kena tendang, tempat
monyet la haape laa.. Sis tak kesah. As long as you can 
survive la dekat tempat orang.

Homesick tu biasa sangat.
Dah terbiasa sangat sampai dah tak au nak homesick macamana
lagi dah. Haa gituuu

Tapi semalam, tengah syok tarik mee laksa dalam mulut.
Member sis, Kirah sms. Tanya nak kirim pape tak dekat
#PMC (#PasarMalamChanglun).

Memandangkan sis bukan jenis yang suka pergi pasar malam.
Bila dapat ofer macam gituu. Fuhhh,
Satu kegembiraan datang dalam kepala ni haa..
macam2 dah terbayang. Tapi spoil laa..
Sebab perut kenyang. Laksa dah semangkuk, dorayaki 
still tunggu nak kena #ngapp je.

So, si roomate sis cakap.
" Alaa, kirim laa yang tauhuu tu "
Sis, dalam hati.
Tauhu? Tauhu ape ni.
Tambah sis blurr.. bila roomate cakap.
" Alaa tauhu hitam tuh..."

hahaha lagi seram bunyik nya.. Tauhu hitam ?
okayyy, tengah telan laksa dekat dalam mulut, 
sis terbayang soya keras yang ada kuah tu. Haha

Serious cakap, sis google tadi. baru sis tahu yang nama
benda alah tu " TAUFUFA "
haha 

Kalau dekat rumah, kirim dekat abah just cakap.
" Abah, ajaa nak soya nise deh "
haha 
rupanya TAUFUFA..
Adoiiiyai.




ini yang ala2 restoren ke ape nih. haha
yummmy

Nikmat dia lain macam makan benda ni semalam.
Sampai #speechless sis dengan roomate.



Tuesday, 24 March 2015

Guru kahwin anak murid

Sis dapat tau pasal ni pun sebab group Whatsapp.

Mula2 malas lagi nak bukak sebab 
tengah layan #TLU ( teman lelaki upahan )
Siap nangis2 bagaii. 

Then, scroll noty ada baca
member cakap.

" Jodoh ditangan Tuhan "
" cinta tak kenal usia " laa
Then,
 " Kalau dah jodoh tak kemana ".
So, 
cepat je jari bukak wasap.

Tengok [image] loading.
Tunggu berapa saat. 
keluar gambar cik adik manis and si husband.

          Dah Viral dekat internet rupanya           .

Kalau baca komen dekat FB,
takpun mana2 social network la kan,
laki2 single ramai yang komen haha
kecewa laa agaknyaa sebab
adik manis ni dah kawen dengan cikgu dia sendiri.
Plus, anak suami dia ( cikgu ) bestfriend dia.

Cuba imagine? 

hihi.

Dalam dunia ni. macam2 boleh berlaku uols.
Selagi benda tu halal, tak jadik masalah.
Yang haram tu tolong halalkan.

Doakan sis pun dapat jodoh baik2 k ^^
*tiba2*haha amboi siap bold lagi




Monday, 23 March 2015

Kaum lain lagi faham tentang kaum melayu

Salam :)

Scary jugak baca entry tu kan?
Haha

Kat sini sis nak share satu cerita.
Sis ada kawan yang non-muslim.
Tengah kitorang lepak makan aiskrim,
dia cerita tentang satu gegirls ni.

Dia cerita pasal coursemate yang on-off.
on-off(tudung). 
Sis terkejut jugak.
Yang paling kelakar & paling tak boleh 
lupa ayat membe sis tu.. 

" Jaa..Aku stress tengok budak Islam on-off "
lepas tu. 
" Pakai tudung macam tak pakai "
" Dah pakai tudung, pakai lengan pendek "
" Aku boleh terima lagi kalau yang xpakai nak
pakai, tapi yang dah pakai tapi buang "

hmmm..
Sis krikkrikkrik japp..

Serious, sis gelak je.
Malu. 
Camane nak explain? Korang rasa?

Yang sis boleh jawab.
" You, Dosa dia tanggung :)..."

Kan?

Sunday, 8 March 2015

Harun Salim Bachik meninggal dunia

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji'un..


Antara salah seorang pelakon dan pelawak yang sis rasa best between others dah pulang ke Rahmatullah :( Sama2 kita sedekahkan surah Alfatihah kepada beliau.

Copy & Paste from Berita Harian Online :
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini.
Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.
"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.
"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

Beliau dalam kenangan :